Search This Blog

Sunday, August 22, 2010

WARISAN

 Selami Maksud.. Dekati Jiwa.. Terapi Kata Semangat.. 
Moga Kesedaran Tercatit Jua..

Warisan
 
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Friday, July 23, 2010

Yang pandai bersilat dan berpencak.. kukuhkan kekuda untuk PERPADUAN semua..

Aku cari damai abadi, berkasih setia, beradu tenaga..
bersama membina kemakmuran sejagat..
Perubahan bermula, langkah terbaik dilaksana..
Fahamilah tujuan sebenar, kenali objektif bersama..

PERPADUAN  : Isu atau Agenda


Perpaduan  itu bertujuan untuk mencari jalan persefahaman tentang isu-isu penting yang berkaitan dengan kehidupan bangsa seperti soal ekonomi, kemunduran dan kemiskinan, soal-soal tentang perbezaan pandangan dalam perkara agama, isu-isu kebudayaan dan perpecahan di peringkat rakyat di kampung-kampung dan di akar umbi yang dikatakan wujud akibat sikap kepartian yang sempit, maka tidak ada salahnya untuk berunding dan mencari jalan penyelesaian. Boleh dicari formula iaitu untuk bersatu dalam kepelbagaian pendirian politik seperti lazimnya dalam masyarakat madani dan demokrasi. 

Perlu ditegaskan perpaduan mesti dibina atas prinsip keadilan, iaitu keadilan untuk seluruh rakyat. Ini bermakna, perpaduan bukan satu agenda terasing. Ia adalah satu tuntutan yang berkait rapat dengan perpaduan rakyat keseluruhannya yang meliputi semua agama, bangsa dan budaya.

Thursday, July 22, 2010

Dimulakan Dengan Satu Intipati membina

Bermula satu langkah,
Mengorak perancangan,
Mencipta kejayaan,
Perkongsian pintar,
Satu demi satu diraih.
Hadapi dengan hati terbuka..
Demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..